Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Promosi syarikat francais ke Surabaya

Date     : 15/5/2015
Source : Harian Metro

KUALA LUMPUR: Perbadanan Nasional Berhad (PNS), bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bekerjasama bagi Misi Perdagangan Antarabangsa menerusi ‘Franchise Business Concept Expo’ (IFBC) yang diadakan di Surabaya, Indonesia.

Timbalan Menteri KPDNKK, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, penyertaan kementerian dan PNS dalam misi perdagangan ini bertujuan mempromosikan syarikat francais Malaysia ke pasaran antarabangsa khususnya di Surabaya.

Katanya, penyertaan dalam program ini adalah salah satu platform terbaik untuk usahawan francais tempatan memperkenalkan produk dan model perniagaan mereka ke Indonesia.

“Program Indonesia Franchise Business Concept (IFBC) 2015 adalah pameran tahunan yang dikendalikan oleh NEO Organiser dan mendapat sokongan penuh daripada Persatuan Francais Indonesia (AFI) dan Kementerian Perdagangan Republik Indonesia,” katanya dalam kenyataan di sini, kelmarin.

Sebanyak 13 francaisor tempatan menyertai misi perdagangan terbabit antaranya ialah Arjuna Village, Aquanano, Global Art, Ani Sup Utara, Snips Saloon, Pusat Tuisyen Mawar, Q-Dees, Paddington House dan buat pertama kalinya juga jenama Gloria Jean’s Coffees menyertai misi perdagangan itu.

Pelbagai program telah dilaksanakan sepanjang tiga hari misi perdagangan terbabit diadakan termasuklah pertemuan bersama wakil Persatuan Perdagangan dan Industri Indonesia di Surabaya dalam sesi ‘Business Luncheon’.

Lawatan ke francais Malaysia yang dibuka di Surabaya iaitu Coolblog juga diadakan selain melawat outlet Coffee Toffee iaitu syarikat francais yang terkenal di Indonesia.

 

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS