Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Rancang buka kilang panggang kopi

Date : 19/6/15
Source : Sinar Harian Online

WONDERFUL Lifestyle Sdn Bhd (Wonderful Lifestyle), pemegang francais utama Gloria Jean’s Coffees di Malaysia dan Brunei, merancang membuka sebuah kilang memanggang kopi bagi meluaskan operasi perniagaannya dengan pelaburan RM10 juta pada suku pertama 2016.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fauzi Awang berkata, kilang itu bakal mengeluarkan kopi jenama di bawah Retail Food Group (RFG) daripada Australia seperti De Bella Coffee dan dipasarkan.

“Di bawah RFG, ada 10 jenama iaitu salah satunya adalah Gloria Jean’s Coffees. Selepas ini, kita akan bawa masuk jenama De Bella Coffee di negara ini dan jenama-jenama lain di bawah RFG.

“Kita hendak jadikan Malaysia sebagai hab untuk pembangunan jenama RFG sebab kita lihat ada peluang perniagaan kami berkembang selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab francais di Asia Tenggara,” katanya pada Majlis Pelancaran Sajian Ramadan 2015 di Subang Jaya, baru-baru ini.

Fauzi berkata, syarikat itu kini dalam proses rundingan dengan agensi kerajaan, SME Bank bagi menggunakan tapak kilang milik mereka untuk kilang memanggang kopi.

Dalam pada itu, beliau berkata, Wonderful Lifestyle menyasarkan untuk membuka 22 cawangan Gloria Jean’s Coffees di Malaysia dan Brunei pada tahun ini.

“Pada masa ini, sebanyak 13 cawangan baharu telah dibuka dan ada lagi sembilan masih dalam proses. Kami menyasarkan untuk memiliki 100 cawangan Gloria Jean’s Coffees di Malaysia dan Brunei pada 2020.

“Untuk 2016, kami menyasarkan membuka 32 cawangan Gloria Jean’s di Malaysia memandangkan ada permohonan untuk menjadi francais ketika Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2015 baru-baru ini,” katanya.

Selain itu, katanya, syarikat itu juga merancang untuk memiliki 32 dan lapan cawangan Gloria Jean’s Coffees masing-masing di Indonesia dan Myanmar dalam masa lima tahun ini.

“Untuk 2016, kami menyasarkan membuka 32 cawangan Gloria Jean’s di Malaysia memandangkan ada permohonan untuk menjadi francais ketika Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2015 baru-baru ini,” katanya.

Selain itu, katanya, syarikat itu juga merancang untuk memiliki 32 dan lapan cawangan Gloria Jean’s Coffees masing-masing di Indonesia dan Myanmar dalam masa lima tahun ini.

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS