Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Sasar 10 GJC setahun

Date : 23/2/2015
Source : Metro

 

Alor Setar: International Franchise Sdn Bhd (MyFranchise) menyasarkan membuka 10 cawangan Gloria Jean’s Coffees (GJC) setahun bagi membolehkan syarikat memiliki sekurang-kurangnya 100 cawangan GJC di seluruh negara menjelang tahun 2020 bagi memenuhi permintaan penggemar kopi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Fauzi Awang berkata, sehingga kini GJC mempunyai 45 cawangan di Kuala Lumpur, Terengganu, Johor dan Pulau Pinang termasuk operasi terbarunya di Kedah manakala cawangan akan datang dibuka di Sabah dan Pahang.

“GJC kini mempunyai cawangan di empat negeri selain di Kuala Lumpur dan kita merancang untuk meluaskan operasinya ke seluruh negara dalam tempoh lima tahun lagi. Kita yakin dapat memiliki lebih 100 cawangan itu berdasarkan kepada sasaran tahunan ditetapkan untuk membuka 10 cawangan baru setiap tahun,” katanya pada majlis pembukaan Gloria Jean’s Coffees (GJC) di Pusat Perubatan Kedah (KMC).

“Pembukaan cawangan terbaru itu sekali gus menjadikannya yang ke-45 di seluruh negara setakat ini, membabitkan pelaburan bernilai RM500,000,” katanya lagi.

MyFranchise adalah cabang pelaburan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dalam inisiatif strategik memulakan dengan melabur jenama antarabangsa dikenali sebagai GJC.

Menurut Fauzi, pihaknya sedang mencari rakan kongsi yang berpotensi membuka francais untuk bertindak sebagai pengendali atau pemilik yang berjaya menggunakan jenama ini.

Turut hadir ialah usahawan muda yang mengendalikan GJC Alor Setar, Syazwan Sopian dan kakaknya Syifaa.

Fauzi berkata, melalui operasi GJC terbaru di negeri ini, pihaknya meletakkan sasaran jualan kira-kira RM100,000 sebulan dengan majoriti 200 penggemar kopi mengunjungi cawangan itu sehari.

“Dalam tempoh sama juga MyFranchise berhasrat menambah dua lagi cawangan GJC di negeri ini iaitu di Sungai Petani dan Alor Setar. Sekitar April atau Mei pula kita akan melihat cawangan ke-46 akan beroperasi di Sabah sekali gus menjadi negeri kelima mempunyai cawangan GJC selain Kuala Lumpur.

“Selain di Malaysia, GJC turut mempunyai tiga cawangan di Brunei dan merancang untuk meluaskan operasinya di negara itu dalam tempoh terdekat selain mengintai pasaran di beberapa negara luar.

“Setakat ini MyFranchise menguruskan GJC di negara ini berjaya melahirkan 71 usahawan dengan 35 daripadanya terdiri daripada golongan muda,” katanya.

**The news is only in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

 

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS