Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Sasar Enam Cawangan

Date     : 17 March 2017
Source : Sinar Online

ANAK syarikat Perbadanan Nasional Berhad (PNS) iaitu Malaysia International Franchise Sdn Bhd (MyFranchise) yang merupakan pemegang induk bagi jenama antarabangsa, Gloria Jean’s Coffees (GJC) menyasarkan enam cawangan baharu menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MyFranchise, Jamil Busrah berkata, MyFranchise melabur RM350,000 sehingga RM550,000 bagi setiap cawangan mengikut saiz sama ada kios atau restoran.

Menurutnya, penambahan enam lokasi tersebut menjadikan jumlah JGC adalah lebih 50 outlet termasuk di luar negara antaranya termasuklah Brunei, Indonesia dan Myanmar.

“Enam lokasi tersebut adalah dua di Lembah Klang, Perak, Pahang dan Sarawak yang mana kesemuanya diuruskan francaisi,” katanya pada sidang media selepas Gloria Jean’s melancarkan menu baharu Nasi Lemak Sambal Tahai, di cawangannya yang terletak di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Hadir merasmikan pelancaran, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Henry Sum Agong, Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Jamil Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Razali Othman, Ahli Lembaga Pengarah PNS, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin dan wakil Franchaisor Gloria Jean’s Australia, Mike Gilbert.

Jamil berkata, menu baharu tersebut akan dipromosi di empat outlet GJC iaitu di Institut Jantung Negara, Menara PNS, Menara KWSP dan Amcorp Mall pada harga RM16.90 selama tiga bulan dan sekiranya mendapat sambutan yang memberangsangkan ia akan diteruskan.

Sementara itu, Henry Sum berkata, pendekatan GJC memberi kelainan bagi mempromosi jenamanya dan menyediakan menu makanan tempatan

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll
Poll

Do you utilise social media as your main source of information?

Related Link

Ministry Subsidiaries Agencies Others
KPDNKK Gloria Jean's MKM SKM SSM MyIPO MyCC Bank Rakyat myGov MSC

Feedback PNS