Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Seni hias kopi panas

Kepelbagaian bentuk unik pikat penggemar

Date     : 21/5/2015
Source : Utusan

KUALA LUMPUR, 14 Mei – setiap cawan kopi yang disediakan di kafe atau kedai kopi bertaraf premium­ amat mementingkan­ cara penyediaan selain kreativiti bagi menarik perhatian pelanggan.

Salah satu trend yang popular adalah menghasilkan lakaran dan reka bentuk unik di atas permukaan kopi.

Bagaimanapun, bukan sesuatu yang mudah untuk menghasilkan lakaran tersebut kerana memerlukan kemahiran, kepakaran serta kesabaran yang tinggi.

Menurut Eksekutif Pelatih Gloria Jeans Coffees, Rozaidi Hassan, 29, terdapat dua jenis bentuk lakaran yang diketengahkan iaitu teknik curahan dan pusaran.

“Teknik curahan dapat menghasilkan beberapa bentuk seperti daun, art shape dan tulip. Tiga bentuk ini antara yang popular dan mudah untuk diukir pada permukaan air kopi.

“Bentuk pusaran pula lebih rumit kerana menggunakan satu termometer tajam bagi menghasilkan beberapa bentuk seni halus seperti bunga, abstrak dan corak,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Rozaidi, pelanggan tidak akan dikenakan caj tambahan meskipun mereka diberi peluang memilih jenis lukisan pada permukaan air kopi yang dibeli.

“Kami menyediakan perkhidmatan­ ini bagi mengikut perkembangan semasa selain menjadi tarikan terhadap produk yang berasaskan kopi.

“Perkara ini sudah menjadi kemestian bagi semua pengusaha kopi yang terkenal,” katanya.

Ujarnya, untuk memahirkan diri dengan teknik menghias kopi memerlukan latihan serta pembelajaran berterusan.

“Tugas tersebut bukan mudah malah memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga bulan untuk mahir menghasilkan lukisan asas,” ujarnya.­

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gloria Jeans Coffees, Fauzi Awang berkata, lakaran yang menarik di permukaan kopi memberi kelainan kepada penggemar setiap kali menghirup minuman itu.

“Kami telah lama memperkenalkan seni ini kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan. Bagaimanapun, ia ha­nya boleh dibuat pada permukaan produk air kopi panas,” katanya.

 

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS