Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Syed Ali terima Anugerah Felo Kehormat

Date : 19/7/15
Source : Utusan Online

KUALA LUMPUR 18 Julai – Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee menerima Anugerah Felo Kehormat daripada Liverpool John Moores University pada 16 Julai lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif YPC, Mohd. Ismail Mohd. Nor berkata, penganugerahan tersebut berdasarkan sumbangan cemerlang beliau dalam bidang pendidikan khususnya memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi kejayaan dan pembangunan modal insan.

“Antara sumbangan besar Syed Ali Al-Habshee ialah melahirkan idea penubuhan YPC pada tahun 2000 serta mengambil sekolah-sekolah di Parlimen Cheras khususnya di Kuala Lumpur sebagai sekolah angkat di bawah YPC.

“Selain itu, beliau turut memberikan biasiswa kepada pelajar tingkatan lima daripada keluarga berpendapatan sederhana serta peluang melanjutkan pengajian di peringkat Asasi selama setahun sebelum meneruskan pengajian ijazah program berkembar dengan Liverpool John Moores University,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Liverpool John Moores University memberikan Anugerah Felo Kehormat kepada mereka yang telah memberikan komitmen serta sumbangan besar dalam bidang masing-masing dan mampu dijadikan sumber inspirasi kepada masyarakat.

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS