Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Uniform Gallery buka francais

Date : 15/12/2014
Source : Sinar

 

PUSAT kelengkapan sekolah, Uniform Gallery memberi peluang kepada usahawan yang berminat dalam bidang kelengkapan sekolah menerusi francais School Mall.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Uniform Gallery, Roslan Hassan berkata, pengenalan School Mall yang bermula Februari tahun depan itu adalah salah satu penjenamaan syarikat bagi kelengkapan sekolah.

“Sebagai peringkat permulaan, ibu pejabat Uniform Gallery di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi akan menjadi model pertama bagi School Mall.

“Kami akan berdaftar dengan Perbadanan Nasional Berhad, dengan memiliki 10 cawangan kami yakin dan mampu untuk memulakan perkhidmatan francais ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di ibu pejabatnya di Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.

Menurutnya, pihaknya menawarkan tiga pakej francais kepada pemohon yang berminat di seluruh negara serendah RM250,000 sehingga RM1.5 juta.

“Bagi membantu usahawan, kami akan bertanggungjawab mencari lokasi yang strategik bagi memastikan pemohon mendapat lokasi perniagaan yang baik.

“Bukan itu sahaja, kami juga akan menempatkan dua kakitangan berpengalaman bagi memberi tunjuk ajar sokongan sementara di cawangan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Roslan berkata, Uniform Gallery turut melancarkan e-shop pada awal Januari lalu bagi memudahkan pengguna mendapatkan produk secara talian (online).

Menerusi e-shop, Roslan berharap ia akan dapat membantu meningkatkan jualan sebanyak lima peratus tahun ini.

“Kami tidak menjangka jualan yang terlalu tinggi kerana e-shop masih baru dan kami perlu menambah baik perkhidmatan dari masa ke semasa,” katanya.

Roslan telah berkecimpung dalam bidang ini sejak 1998 sebelum membuka kedai pertamanya pada 2003 sehingga cawangan keenam di Bangi tanpa sebarang dana atau pinjaman daripada mana-mana pihak.

Kini Uniform Gallery telah mempunyai lapan cawangan di sekitar Lembah Klang dan tiga di Ipoh.

**The news is only in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

 

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS