Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Usahawan perlu berani 
ambil risiko ceburi francais

Date : 21/7/15
Source : Utusan Online

KUALA LUMPUR 20 Julai – Usahawan tempatan perlu berani mengambil risiko sekiranya benar-benar mahu menceburi industri francais supaya lebih bersedia berhadapan dengan pelbagai cabaran perniagaan.

Pengerusi Perbadanan Nasional Bhd. (PNS), Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Alhabshee berkata, terdapat usahawan beranggapan sistem francais hanya untuk syarikat besar yang mempunyai perkhidmatan dan produk berkualiti tinggi.

Katanya, walhal setiap peringkat perniagaan boleh difrancaiskan, malah persepsi negatif itu menjadi halangan kepada kejayaan para usahawan untuk berkembang dalam industri berkenaan.

Beliau berkata, meskipun industri francais Malaysia disokong oleh kerajaan, penglibatan usahawan bumiputera yang aktif sebagai francaisor adalah masih rendah berbanding bukan bumiputera.

“Ini kerana usahawan bumiputera lebih suka menjalankan perniagaan secara tradisional, kebanyakan mereka masih tidak mampu melabur untuk menaik taraf perniagaan mereka.

“Meskipun terdapat pelbagai saluran kemudahan pembiayaan, ramai usahawan lebih selesa menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan tiada impian untuk berkembang sebagai rangkaian francais berjaya,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Sehingga 2014, industri francais menyumbang sebanyak RM25.6 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan diunjurkan meningkat kepada sembilan peratus menjelang tahun 2020.

Menurut Syed Ali, potensi peluang perniagaan di Malaysia masih banyak khususnya sektor yang masih baharu dan tidak mempunyai ramai pesaing seperti industri pelancongan dan perubatan serta teknologi hijau.

Jelasnya, industri francais tempatan dilihat kurang menerapkan elemen kreatif dan inovatif bagi memastikan kesinambungan sistem francais setanding dengan jenama antarabangsa membuatkan masyarakat lebih memilih jenama luar.

“Usahawan perlu menyedari wujudnya persaingan daripada pelbagai penjuru bukan sahaja dari rantau ASEAN malah negara-negara lain.

“Walau bagaimanapun persaingan di peringkat global disokong dan dipacu kemajuan teknologi jika dimanfaatkan dengan betul, dapat membantu perniagaan berkembang pesat,” tambahnya.

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS