Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

FIM2015 catat transaksi RM379 juta

Date : 16/6/15
Source : Utusan Online

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa (FIM¬2015) yang berakhir semalam telah mencatatkan transaksi urus niaga sebanyak RM379 juta, peningkatan dua peratus berbanding RM370 juta yang dicapai tahun sebelumnya.

Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Datuk Mohd. Latip Sarrugi berkata, pencapaian tersebut adalah hasil daripada penyertaan dari dalam dan luar negara membabitkan 62 syarikat tempatan dan 23 syarikat luar negara.

Katanya, pameran itu juga telah mempamerkan 15 francaisor baharu yang pertama kali menyertai FIM dan berpotensi besar untuk mengembangkan perniagaan da¬lam industri ini.

“FIM2015 yang diadakan selama tiga hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lalu.

“Turut diadakan pa¬da majlis perasmian adalah pertukaran perjanjian antara syarikat Naza Tutti Frutti (Malaysia) Sdn. Bhd. dengan pihak Korea dan Afrika serta Marrybrown Sdn. Bhd. dengan Master Franchisee dari Singapura dan Thailand,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pertukaran perjanjian turut diadakan antara Adan Laundry dengan 20 syarikat francaisi bumiputera dan Smart Reader Worldwide Sdn. Bhd. dengan Master Franchisee dari Abu Dhabi, Australia dan Indonesia.
FIM2015 anjuran bersama MFA dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tersebut merupakan acara tahunan yang telah diadakan buat kali ke-22 dan FIM2016 akan diadakan pada bulan Mei 2016.

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS