Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

PNS sasar 250 usahawan baharu BIT tahun ini

Date : 13/04/2015
Source : Utusan

TASEK GELUGOR 5 April – Perbadanan Nasional Berhad (PNS) menyasarkan untuk melahirkan 250 usahawan prafrancaisi berdaya saing melalui Program Transformasi Perniagaan (BIT) pada tahun ini.
Antara BIT baharu yang perlu diceburi seperti pembukaan tadika, taska, spa, perkhidmatan pembersih rumah, jualan runcit dan sebagainya.

Ketua Bahagian Operasi PNS, Shahrul Azlan Mohd. Zulkifli berkata, PNS menawarkan pinjaman antara RM5,000 hingga RM25,000 dengan kadar bayaran balik pinjaman dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
Beliau berkata, ini merupakan beberapa bidang baharu francaisi yang berpotensi untuk diceburi kerana ia masih belum begitu meluas diusahakan usahawan di negara ini.
“Kita sudah mempunyai 60 peratus francais dalam bidang makanan dan bidang ini masih perlu disertai oleh usahawan kerana PNS boleh memberikan pembiayaan pinjaman.
“Oleh kerana itu PNS mengadakan seminar BIT untuk diceburi oleh usahawan tempatan kerana ia mudah dan murah,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Program Peluang Pembiayaan Francais -BIT di Midtown Kubang Menderong dekat sini hari ini.
Majlis perasmian seminar itu disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Datuk Shabudin Yahaya.
Seramai 200 usahawan kecil negeri ini menyertai seminar BIT tersebut.

Shahrul Azlan berkata, sejak program BIT yang diperkenalkan pada 2012 telah melahirkan 39 prafancaisor yang terdiri daripada usahawan kecil yang perniagaan berpotensi untuk dimajukan.
“Kita telah melahirkan hampir 500 orang usahawan BIT sejak 2012,” ujarnya.

Menurut beliau, pihaknya menjelajah ke seluruh negara menerusi program BIT itu untuk memberi pendedahan serta peluang-peluang yang ada kepada usahawan kecil untuk menceburinya.
“Kita mengadakan seminar bertujuan untuk bertemu dengan usahawan dan sekali gus memperkenalkan francais yang ada,” katanya.

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

 

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS