Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

MyFranchise Buka Cawangan Gloria Jean’s Coffees Ketiga Di Myanmar

Date     : 12 April 2017
Source : Bernama

Malaysia International Franchise Sdn Bhd (MyFranchise), pemegang francais induk jenama Gloria Jean’s Coffees (GJC), memperluaskan pasaran antarabangsanya dengan pembukaan cawangan baharu di Myanmar.

MyFranchise, anak syarikat Perbadanan Nasional Bhd, memperoleh Hak Pemegang Francais Induk di Myanmar termasuk untuk hak beroperasi di kawasan lapangan terbang bagi tempoh 10 tahun.

Dalam kenyataan hari ini, MyFranchise berkata, cawangan terbaharu GJC di Junction City Shopping Mall itu merupakan yang ketiga selepas pembukaan outlet pertama di Myanmar Plaza pada 1 Mac, 2016 dan yang kedua di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon pada 1 Jan, 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif MyFranchise, Jamil Busrah berkata, syarikat sentiasa optimis terhadap permintaan tinggi bagi kopi premium.

“Syarikat akan membuka tiga lagi cawangan baharu pada tahun ini agar jenama ini terus berkembang pesat di Myanmar,” katanya.

Beliau berkata, tiga cawangan baharu itu akan dibuka di Star City dan Junction Square, kedua-duanya di Yangon manakala sebuah lagi di The Move, bangunan kediaman dan komersial di Mandalay.

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS