Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

UK Venture yakin peroleh 20% keuntungan

Date  : 11/5/2015
Source: Utusan

KUALA LUMPUR ,10 Mei – UK Venture Sdn. Bhd. (UK Venture), syarikat milik penuh bumiputera dan francaisi jenama minuman kopi terkemuka, Gloria Jean’s Coffee (GJC) optimis untuk memperoleh peningkatan 20 peratus margin keuntungan setiap tahun bagi tempoh lima tahun pengendalian operasinya.

Pengasas Bersama dan Pengurus Pemasaran UK Venture, Umi Kalsom Salleh berkata, perkara tersebut adalah sejajar dengan perancangan dan pelan perniagaan syarikat itu dalam merealisasikan sasaran perolehan secara sistematik dan efisien.

Menurut beliau, pada tahun pertama pengendalian operasi tahun ini, francaisi jenama kopi itu yakin mampu untuk mencapai perolehan sehingga RM1 juta dan bercadang untuk membuka dua lagi GJC di beberapa kawasan yang strategik.

“GJC yang kini beroperasi di Menara Bank Rakyat itu menawarkan sehingga 20 jenis pilihan minuman berasaskan kopi, coklat dan teh di samping turut mempunyai makanan seperti pastri dan beberapa menu tempatan seperti Murtabak Raja,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengasas Bersama dan Pengurus Operasi UK Venture, Mohd. Khalil Azingah Salleh dan Pengurus Kewangan UK Venture, Khairulnizam Salleh.

GJC merupakan antara jenama minuman kopi yang terkenal di peringkat antarabangsa dan mula menembusi pasaran negara ini menerusi inisiatif oleh Perbadanan Nasional Bhd. (PNS).

Selain itu, Umi Kalsom berkata, pemilihan Menara Bank Rakyat sebagai lokasi perniagaan GJC adalah sangat bersesuaian dan strategik kerana mempunyai pasaran dan potensi pengunjung yang tinggi terutamanya kakitangan Bank Rakyat, pengunjung, pelabur dan orang awam yang berurusan di bank berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, perniagaan yang dijalankan sekarang ini tidak akan berjaya tanpa bantuan yang diberikan oleh PNS, Rakyat Holding Sdn. Bhd. dan Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) di samping pengurusan Bank Rakyat yang memberi peluang dari segi ruang operasi kepada mereka.

 

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll

Do you know that your monthly financing installment payment can be made via JOMPay?

Related Link

Ministry Subsidiaries Others
myGov Gloria Jean's MSC

Feedback PNS