Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

KR1M 2.0.0

Kr1m2.0-01

arrow Pengenalan Kepada KR1M 2.0

KR1M 2.0 merupakan sebuah usaha Kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi kos sara hidup dengan menawarkan barang keperluan asas seperti gula, minyak masak, tepung gandum dan beras pada harga lebih rendah daripada pasaran serta produk berjenama tertentu dijual pada harga yang kompetitif. Inisiatif ini merupakan satu penambahbaikan terhadap KR1M sebelum ini yang merupakan usaha pihak swasta yang dibantu Kerajaan kemudiannya.

Perbadanan Nasional Berhad (PNS) iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merupakan pengendali utama atau Pengendali Induk bagi KR1M 2.0.

arrow Pelaksanaan KR1M2.0

KR1M 2.0 ini dilaksanakan secara kerjasama strategik Kerajaan melalui PNS sebagai Pengendali Induk dengan syarikat pengeluar barangan dan syarikat peruncitan. Melalui kerjasama strategik ini kira-kira 50 jenis unit barangan akan dijual pada harga yang berpatutan.

Secara ringkasnya, pelaksanaan KR1M 2.0 sedang dilaksanakan dengan tiga kategori dan secara berfasa iaitu:

  • Kategori pertama (1) – konsep pasaraya iaitu melalui rangkaian pasaraya Tunas Manja Group (TMG).
  • Kategori kedua (2) – konsep “convenience” atau serbaneka khususnya di kawasan bandar bersama rangkaian kedai KK Super Mart.
  • Kategori ketiga – “sundry shops” atau kedai runcit biasa yang berdaya maju.

Penstrukturan KR1M 2.0 tidak memfokuskan kepada kedai fizikal yang khusus. Pasaraya atau kedai yang menjual produk KR1M 2.0 ialah pasar raya atau kedai sedia ada. Pemilik outlet atau perniagaan yang terlibat dengan KR1M 2.0 itu sendiri yang menjalankan perniagaan KR1M 2.0 seperti operasi biasa premis mereka. Logo KR1M 2.0 turut dipasang pada papan tanda outlet mereka sebagai menandakan bahawa outlet tersebut menjual produk-produk KR1M. Konsep ini dikenali sebagai kendalian pemilik (owner-operator) dan penjenamaan bersama (co-branding).

arrow Rakan Strategik KR1M 2.0

Rakan-rakan strategik dalam pelaksanaan KR1M 2.0 yang terlibat dengan program KR1M 2.0 sehingga 21 Mac 2018 ialah seperti berikut:

RAKAN STRATEGIK NAMA SYARIKAT
Peruncitan dan Logistik 1. Tunas Manja Group (TMG)
2. KK Super Mart
Pembekal atau Pengilang 1. Nestle Berhad
2. Etika Group
3. CSR Sdn. Bhd
4. FFM Berhad
5. SoftieDry
6. Bernas
7. Selera Juara Sdn Bhd
8. Segi Fresh
9. MMI Murni Manufacturing Sdn Bhd

 

  • Senarai Outlet Tunas Manja Group (TMG) (Sila muat turun maklumat disini)
  • Senarai Outlet KK Super Mart (sila muat turun maklumat disini)

arrow Senarai Stock Keeping Unit (SKU) KR1M 2.0

KR1M 2.0 akan menawarkan empat (4) barang keperluan asas dengan harga rendah iaitu gula, minyak masak, tepung dan beras. Pada masa hadapan, gas memasak (LPG) juga akan dijual pada harga yang lebih rendah di KR1M 2.0.

Selain itu, KR1M 2.0 juga menawarkan barangan pada harga yang kompetitif sekurang-kurangnya 100 SKU produk berjenama dengan menggunakan bungkusan yang sama bagi produk berkenaan hasil kerjasama strategik tersebut.

  • Senarai Barangan SKU (Sila muat turun disini)

 

Pages: 1 2

Poll
Poll

Did you know that PNS is a one-stop center for franchise business in Malaysia

Related Link

Ministry Subsidiaries Agencies Others
KPDNKK Gloria Jean's MKM SKM SSM MyIPO MyCC Bank Rakyat myGov MSC

Feedback PNS