Sistem Francais Mampu Jana Pertumbuhan Ekonomi Domestik George Town, 23 Okt -- Sistem perniagaan secara francais dilihat mampu menjana pertumbuhan ekonomi domestik kerana ia berisiko rendah dan berpotensi untuk bersaing di pasaran global. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Tan Lian Hoe berkata sehingga September tahun ini sebanyak 373 syarikat tempatan telah berjaya didaftarkan sebagai francaisor, 59 sebagai francaisi dan 155 francaisi kepada francaisor antarabangsa. "Sistem francais ini merupakan satu sistem perniagaan yang selamat kerana ia dikawal di bawah Akta Francais 1998, dan setakat ini sebanyak 32 buah syarikat francais telah berjaya mengembangkan perniagaan di 53 buah negara seperti China, India dan Indonesia," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menutup 'Ekspo Beli Barangan Malaysia dan Peluang Perniagaan Francais Zon Utara 2011' anjuran KPDNKK bermula 21 hingga 23 Okt ini di kawasan tempat letak kereta di Queensbay Mall di sini, Ahad. Tan berkata dengan penjanaan ekonomi domestik menerusi penyertaan lebih banyak syarikat dalam sistem francais ia secara langsung mampu membantu negara mencapai sasaran kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang telah ditetapkan setiap tahun. Dalam perkembangan lain, beliau berkata selain memperkenalkan produk-produk buatan Malaysia, ekspo ini juga bertujuan mengubah perspektif rakyat tempatan tentang kualiti produk keluaran tempatan. Sumber : BERNAMA
|
|
|
Is franchising a viable business model?
Total Votes: 115
Fri, 18 May 12
Kuala Lumpur & Putrajaya
| Fajr |
5:40 AM |
| Shurooq |
7:01 AM |
| Zuhr |
1:10 PM |
| Asr |
4:33 PM |
| Maghrib |
7:19 PM |
| Isha' |
8:31 PM |
Contact or visit our Corridor Offices at these locations:
|
|