Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

USAHAWAN: PNS-MRT BERBINCANG

Date     : 19 July 2017
Source : Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 18 Julai – Perba­danan Nasional Bhd. (PNS) akan cuba berbincang dengan Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) bagi membuka peluang keusahawanan kepada para usahawan PNS di stesen-stesen MRT.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zai­nol Khodki Shahabudin berkata, pihaknya terbuka untuk me­ngadakan pertemuan dengan MRT bagi merealisasikan perkara tersebut.

“Tidak semestinya usahawan ini memerlukan kedai, kita boleh fikirkan sesuatu sebagai contoh perniagaan mudah alih seperti ‘food truck’ dan sebagainya, dan mungkin pihak MRT boleh menawarkan bantuan bagi usahawan untuk memulakan perniagaan di stesen mereka.

“Kita perlu duduk berbincang bersama-sama untuk kepenti­ngan dan kemudahan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri PNS di sini hari ini.

Tambahnya, usahawan hari ini perlu berfikir di luar kotak bagi menghasilkan idea-idea per­niagaan baharu terutamanya yang melibatkan konsep mudah alih.

“Kini semua boleh diakses melalui internet, seharusnya ke­lebihan itu disambut baik oleh para usahawan untuk keluar daripada zon selesa,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, industri francais di Malaysia kini berada di landasan yang betul dalam usaha mencapai sasaran RM30 bilion sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Setakat tahun lalu industri francais menyumbang kira-kira RM28 bilion kepada KDNK dan kita nampak potensi besar untuk mencapai sasaran yang ditetapkan menjelang 2020,” katanya.

**The news are only available in Bahasa Malaysia version due to its copyright. No translation can be made**

Poll
Poll

How do you trust PNS to help in helping to improve and grow your business?

Related Link

Ministry Subsidiaries Agencies Others
KPDNKK Gloria Jean's myfranchise MKM SKM SSM MyIPO MyCC Bank Rakyat myGov MSC

Feedback