Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

VARSITY ENTREPRENEURSHIP SKILLS AND TALENTS (VEST)

UtamaInformasiTerma dan SyaratHadiahPendaftaran

PENDAHULUAN

 

Varsity Entrepreneurship Skills and Talents (VEST) merupakan satu program pertandingan keusahawanan yang bakal melibatkan 1,000 mahasiswa dari 20 institut pengajian tinggi seluruh negara, dengan 200 idea perniagaan yang bakal dikembangkan. Dalam tempoh 6 bulan peserta akan didedahkan dengan teknik-teknik terkini jualan, pemasaran, penjenamaan, komunikasi berkesan, membina rangkaian francais dan perancangan kewangan kepada mahasiswa sebagai persediaan untuk memulakan langkah sebagai usahawan.

Di kemuncak program ini akan berlangsungnya Karnival VEST selama dua hari yang juga akan disempurnakan dengan majlis penyampaian hadiah pertandingan serta anugerah keusahawanan pada malam Gala VEST. Program VEST juga adalah salah satu program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan pemacu kepada Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi melonjakkan aspirasi Negaraku.

 

OBJEKTIF

 

Objektif VEST adalah seperti berikut:-

  • Memupuk dan melahirkan usahawan di kalangan pelajar universiti awam tempatan;
  • Membangunkan nilai – nilai keusahawanan dikalangan pelajar melalui bimbingan dan ilmu kemahiran keusahawanan;
  • Menawarkan peluang perniagaan serta mengukuhkan dan mengembangkan perniagaan sedia ada secara lebih sistematik dan dinamik;
  • Menyampaikan maklumat berkaitan agensi – agensi keusahawanan yang menyediakan kemudahan pembiayaan, latihan, akses kepada pasaran, kemudahan infrastruktur dan sebagainya; dan;
  • Mencipta peluang pekerjaan di pasaran dalam pelbagai sektor.

 

METADOLOGI

 

Metadologi

UNIVERSITI

 

  • Pertandingan keusahawanan ini terbuka kepada semua Universiti Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) di Malaysia;
  • Minimum 10 pasukan bagi setiap universiti yang bertanding;
  • Unit Keusahawanan bertindak selaku penyelaras program di peringkat universiti
  • Konsep perniagaan hendaklah memberi fokus kepada lima (5) segmen kluster perniagaan iaitu :
    1) Franchising / Licensing : cth – Product & Services;
    2) Creative & Innovative : cth – Robotic / Photography/ Music Talent/ Software Program/ Etc;
    3) On-Line Business : cth – Tudung/ Health & Beauty/ Education;
    4) Agro Business : cth – Fruits & Vege For Commercial/ Fishery;
    5) Mobile Business : cth – F&B / Services/ Spa Etc.

 

PESERTA

 

  • Terbuka kepada semua pelajar IPTA/IPTS;
  • Warga negara Malaysia;
  • Lampirkan “Borang Profiling” yang telah di sahkan oleh unit keusahawanan sebagai dokumen sokongan;
  • Setiap kumpulan mestilah tidak melebihi dari lima (5) orang ahli kumpulan;
  • Berusia 18 tahun hingga 25 tahun dan masih berdaftar sebagai mahasiswa sepenuh masa seperti yang ditetapkan oleh IPTA/IPTS yang terbabit;
  • Terbuka kepada mahasiswa yang mempunyai idea perniagaan mahupun perniagaan sedia ada;
  • Produk atau perkhidmatan yang pernah memenangi pertandingan mahupun mana-mana anugerah tidak dibenarkan bertanding;
  • Semua Perancangan Perniagaan hendaklah mengikut terma & syarat yang telah ditetapkan, sekiranya mana – mana kumpulan tidak mengikut terma & syarat penyertaan yang telah di tetapkan, penyertaan akan terbatal;
  • Produk atau perkhidmatan mestilah patuh syariah.

Hadiah









Poll
Poll

Are you interested to rent the properties that PNS offer?

Related Link

Ministry Subsidiaries Agencies Others
KPDNKK Gloria Jean's myfranchise MKM SKM SSM MyIPO MyCC Bank Rakyat myGov MSC

Feedback