Sebagai sebuah agensi terkemuka, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) berusaha untuk meneraju pertumbuhan industri francais negara dan membangunkan usahawan bertaraf dunia dengan:-
Menyediakan satu sistem penyampaian yang cepat, mesra pengguna, cekap dan berkesan.
Menawarkan satu perkhidmatan yang bersepadu dan cekap dengan tahap profesionalisme dan kemahiran bertaraf tinggi serta berdedikasi tinggi.
Mengamalkan satu nilai beretika berdasarkan prinsip moral yang tinggi dengan integriti yang tinggi serta berkelakuan terpuji.
Menyediakan satu perkhidmatan maklumat francais yang lengkap sebagai satu rujukan untuk komuniti keusahawanan pada peringkat tempatan dan antarabangsa.