Tukar tulisan merah Tukar tulisan biru Tukar tulisan hijau Besarkan Tulisan Kecilkan Tulisan Set Semula Tulisan
English  |  Bahasa Melayu Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
"Rakan Perniagaan Francais Anda"
 
Menerajui Pembangunan Industri Francais Negara
 

 

SKIM PEMBIAYAAN FRANCAISOR

Objektif

  • Untuk menyediakan bantuan kewangan kepada francaisor dan francaisi induk bagi mengembangkan perniagaan.
  • Untuk menggalakkan dan memudahkan lebih ramai francaisor mengembangkan perniagaan ke tahap antarabangsa
  • Bagi membantu francaisor / francaisi induk dalam memperkukuhkan keupayaan dan kapasiti mereka dengan tujuan menggalakkan lebih ramai francaisi
     

Kriteria

  • Mestilah Syarikat Sendirian Berhad
  • Mesti berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF) dan Persatuan Francais Malaysia (MFA) sebagai francaisor / francaisi induk
  • Syarikat mestilah memperolehi keuntungan dan dana pemegang saham yang positif dalam akaun diaudit yang terkini
  • Syarikat sasaran mestilah mempunyai tidak kurang daripada 30% francaisi Bumiputera daripada jumlah keseluruhan francaisi. Syarikat sasaran harus mengekalkan nisbah 30% francaisi Bumiputera sepanjang  tempoh pembiayaan
  • Tiada sebarang litigasi terhadap syarikat sasaran, pemegang sahamnya dan pengarahnya
  • Keutamaan akan diberikan kepada francaisor dengan satu pakej francais yang mampu diperolehi (pakej francais berjumlah RM250,000 atau kurang)


Pembiayaan

  • Cara pembiayaan :Pinjaman berjangka
  • Margin pembiayaan : Tertakluk kepada nisbah penggearan yang tidak melebihi 4 kali
  • Saiz pembiayaan : RM100,000 hingga RM2,000,000
  • Kadar faedah :
  1. 6% setiap tahun untuk francaisor Bumiputera / francaisi induk
  2. 8% setiap tahun untuk francaisor bukan Bumiputera / francaisi induk
  • Tempoh maksima : Sehingga 10 tahun


 


          Francaisor
...........................................................
Bercakap Dengan Kami
...........................................................
  Muat Turun Brosur
...........................................................
  Jadual Latihan Akademi PNS
...........................................................
  Facebook Akademi PNS

 

 


Pautan Pantas