Mewujudkan dan mengekalkan kemampanan organisasi melalui perniagaan pelbagai dan menyediakan peluang perniagaan kepada usahawan.
Visi
Menjadi organisasi peneraju utama bagi pembangunan francais dan pusat kecemerlangan keusahawanan yang unggul.
Rasional Logo
Logo Pernas menggambarkan visual buaian sebagai simbolik bagaimana kami memupuk permulaan perniagaan sehingga berjaya. Manakala simbol bulatan dan spektrum warna jingga yang melambangkan matahari memberi gambaran masa hadapan yang cerah serta hubungan dan pertumbuhan yang progresif.