Business In Transformation Expo (BITe) 2021 buat julung kalinya dianjurkan pada 5 April 2021 (Isnin) bertempat di Dewan Seri Endon, Putrajaya yang telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri MEDAC.
Istimewanya program kali ini menghimpunkan sebanyak 39 jenama program BIT di bawah satu bumbung dari seluruh negeri bagi mempromosikan jenama dan pakej francais mampu milik kepada golongan sasar.
Jenama yang terlibat adalah seperti Eyda Ice Cream, Klekor, 21 Grilled, Old Time Sengkuang, Kak P Goreng Pisang Cheese dan banyak lagi.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2013, seramai 5 usahawan telah berjaya menjadi usahawan francaisor iaitu MD Putu Bambu, HOME, L Pizz, D’Apple dan Otak-otak JB. Penyampaian sijil kepada peserta program BIT iaitu Uncle’s Putu Piring dan Zack Corner turut diadakan di sini.
Program ini diharap mampu melahirkan lebih ramai usahawan dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu pada masa akan datang.
Anda berminat untuk berjaya mengetahui lebih lanjut mengenai program BIT? #cariPNS sekarang dengan layari www.pns.com.my
Perbadanan Nasional Berhad (PNS) mengucapkan sekalung tahniah kepada Ahli Majlis Tertinggi Association of Development Finance Institutions of Malaysia (ADFIM) yang baharu bagi tahun 2021-2023.
#pnsmy
Perbadanan Nasional Berhad (PNS) telah memperkenalkan gerbang baharu untuk pembayaran Pembiayaan PNS/ Sewaan/ Latihan dengan menggunakan Portal PNS Online Payment. Antara kelebihan portal ini adalah:
- Pelanggan dan penyewa boleh menyemak rekod transaksi bayaran;
- Paparan maklumat baki pembiayaan terkini dan tunggakan pembiayaan sekiranya ada;
- Paparan maklumat bayaran bulanan penyewa.
Kini anda boleh membuat bayaran dengan mudah dan pantas dengan aplikasi ini. Layari bayar.pns.com.my untuk mendaftar.
Perbadanan Nasional Berhad (PNS) mengucapkan tahniah kepada YBhg. Datin Rashidah Mohd Sies di atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang berkuatkuasa pada 22 Mac 2021.