Bagi Program B.I.T, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) akan mengenalpasti, mewujudkan dan membangunkan perusahaan kecil yang mempunyai produk dan perkhidmatan dengan menggunakan pendekatan pemasaran moden, kos pembangunan yang rendah serta teknologi baru/ terkini.
Program B.I.T adalah satu program transformasi perniagaan untuk para usahawan kecil menjadi lebih kompetitif dan sistematik dalam menjalankan perniagaan agar dapat menjana lebih keuntungan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih efektif. Program ini juga melatih para usahawan agar mampu berdaya saing di pasaran dan seterusnya perniagaan tersebut dibangunkan ke arah francais.
Kemudahan Pembiayaan Di Bawah Program B.I.T : Pra-Francaisor
- Saiz pembiayaan sehingga RM500,000
- Margin pembiayaan sehingga 90%
- Caj keuntungan pada kadar 4.75%
- Yuran perkhidmatan : Minimum RM100 atau 1% dari jumlah pembiayaan yang mana lebih tinggi
- Jenis pembiayaan : Skim Pembiayaan Islam (Tawarruq)
- Jangka masa pembiayaan : Sehingga 5 tahun
Kemudahan Pembiayaan Di Bawah Program B.I.T : Pra-Francaisi
- Saiz pembiayaan sehingga RM25,000
- Margin pembiayaan sehingga 90%
- Caj pada kadar 4.75%
- Yuran perkhidmatan : RM100
- Jenis pembiayaan : Skim Pembiayaan Islam (Tawarruq)
- Jangka masa pembiayaan : Sehingga 5 tahun (kutipan pembayaran balik ke PNS akan dilakukan oleh pihak Pre-Francaisor)