Objektif
- Menyediakan bantuan kewangan kepada Francaisi Bumiputera untuk mengembangkan perniagaan di Malaysia
- Menggalakkan Bumiputera dalam sektor-sektor awam dan swasta untuk menceburi bidang perniagaan francais
- Menggalakkan koperasi berdaftar untuk menceburi bidang perniagaan francais di Malaysia
- Tumpuan akan diberikan kepada mereka yang berhasrat untuk berhenti kerja melalui skim pemberhentian sukarela (VSS) atau bersara awal
Kriteria Syarikat
- Pemilik syarikat harus berumur 21 tahun ke atas
- Keutamaan diberi kepada individu yang memiliki kelayakan minima Diploma
- Usahawan menjadi pemilik/pengusaha
- Francaisor/ Francaisi induk telah berdaftar dengan Pendaftar Francais; (ROF)
- 100% ekuiti milik Bumiputera
- Surat Tawaran daripada Francaisor/Francaisi Induk
- Permohonan pembiayaan melebihi RM250,000 perlu dibuat melalui syarikat Sdn. Bhd.
- Permohonan pembiayaan melalui pemilikan tunggal adalah tidak melebihi RM250,000
- Perniagaan mesti mematuhi garis panduan syariah
- Badan Koperasi harus menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. dan mendapatkan surat tawaran daripada Francaisor/ Francaisi induk sebelum menghantar permohonan pembiayaan kepada PNS
Struktur Pembiayaan
Konsep Pembiayaan |
|
Margin Pembiayaan |
|
Saiz Pembiayaan |
|
Kadar Keuntungan |
|
Jangkamasa Pembiayaan |
|
Kesemua skim pembiayaan tertakluk kepada syarat – syarat berikut:-
- Fi pemprosesan – 0.5% dari jumlah pembiayaan
- Fi guaman dan duti setem – anggaran 3.0% dari jumlah
- Pembiayaan tertakluk kepada variasi dan pindaan
- Fi Latihan: RM300
- Fi Wakalah: RM50
- Perlindungan Takaful (Am dan Kredit)