Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF) adalah insentif bagi menggalakkan usahawan tempatan untuk menukarkan perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan francais. Melalui dana ini, perniagaan yang telah berjaya berdaftar dengan Pendaftar Francais KPDNKK sebagai perniagaan francais layak memohon geran dalam bentuk bayaran balik ke atas kos yang dibelanjakan untuk membangunkan sistem francais dengan had maksimum RM 100,000.00
Syarat-syarat Kelulusan
- Hendaklah memohon menggunakan borang yang ditetapkan iaitu Borang BPF3
- Tuntutan ke atas DBPF mestilah tidak melebihi 2 tahun dari tarikh mendapat lesen francais
- Syarikat hendaklah menyertai Program Pembangunan Francais (PPF), KPDNKK
- Bantuan hanyalah bagi `business format franchise’
- Syarikat telah melantik sekurang-kurangnya lima (5) francaisi Bumiputera
- Setiap syarikat hanya layak mendapat bantuan bagi satu produk sahaja dan jika mendapat bantuan bagi produk yang berbeza maka pengusaha perlu menubuhkan syarikat yang berlainan
Kelayakan Tuntutan
Perundingan
|
NOTA :
- Bagi kategori Pewujudan Francaisi, setiap francaisor yang memohon DBPF perlu melantik sekurang-kurangnya 5 francaisi Bumiputera.
- Francaisor perlu melantik lebih dari 5 francaisi Bumiputera untuk menuntut baki 40% daripada jumlah keseluruhan iaitu RM 10,000 bagi setiap tambahan 1 francaisi Bumiputera yang dilantik tertakluk kepada had yang ditetapkan.
Tanpa Perundingan
No | Perkara | Kelayakan Maksima (RM) |
1 | Yuran rekaan dalaman (prototaip outlet) | 5,000 |
2 | Yuran guaman (Dokumen penzahiran & perjanjian francais ) | 5,000 |
3 | Tenaga kerja | 15,000 |
JUMLAH | 25,000 |