Mengenai Institut Francais
Sebagai sebahagian daripada usaha PNS untuk membangunkan industri francais, PNS telah menubuhkan satu akademi atau lebih dikenali PNS Academy pada 1 Julai 2009. PNS Academy kini dikenali sebagai Institut Francais. Objektif penubuhan Institut Francais adalah untuk memberi latihan dan perkhidmatan perundingan serta konsultansi, dalam pelbagai bidang dan tidak hanya terhad kepada francais.
Kami juga menyediakan latihan kepada sesiapa sahaja yang berkeinginan untuk menambah ilmu pengetahuan di dalam bidang francais dan kepada sesiapa yang ingin berjaya serta sukses di dalam perniagaan. Institut Francais juga akan sentiasa membimbing anda sama ada anda sudah menjadi usahawan atau bakal usahawan.
Keistimewaan Institut Francais
- Program berstruktur dan bermodular
- Pendekatan latihan secara ‘Andragogi’ (‘Adult Learning Approach’)
- Program latihan bertauliah
- Pembelajaran melalui pengalaman
- Pelatih yang berpengalaman dan bertauliah
Peranan
Selaras dengan kenyataan Wawasan dan Misi, PERANAN kami ialah:
Pakar latihan
- Memudah & mengendalikan program latihan kepada usahawan serta orang ramai yang berpotensi dan sedia ada
- Merekabentuk dan membangunkan program-program latihan
- Membangunkan matriks kecekapan dan pengukur kecekapan
Pakar francais
- Menyediakan nasihat penyelesaian francais yang bersepadu
- Memudahkan kenal pasti dan penyelesaian isu-isu berkaitan francais
- Menyediakan rangkaian dan kerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan
- Penjaga ilmu francais
- Menyediakan latihan kepada francaisi/francaisor
- Menyediakan khidmat nasihat perniagaan
Penyelidik
- Menjalankan penyelidikan dalam francais dan lain-lain aktiviti perniagaan
Ejen Pertukaran
- Mempromosikan minda keusahawanan di kalangan orang ramai
Penjana Pendapatan
Mencipta nilai kepada PNS melalui latihan, khidmat nasihat dan lain-lain