Projek Be Your Own Boss (BYOB)

Projek BYOB adalah merupakan inisiatif PNS dalam menyediakan program keusahawanan yang holistik dan berdaya saing. Ianya mensasarkan golongan belia dan wanita bumiputera yang ingin menceburi bidang keusahawanan terutamanya dalam perniagaan francais dan pra-francais. BYOB menawarkan peluang kepada anda untuk menyertai program Young Entrepreneurship Engagement Talent Program (YOUNITY) atau program Successful Woman Entrepreneurship Engagement Talent Program (SWEET). Peserta projek BYOB akan berpeluang mengikuti latihan yang yang berstruktur, padanan perniagaan, bantuan pembiayaan dan diberi pemantauan selama enam (6) bulan apabila bermulanya perniagaan.


Untuk Mengetahui lebih lanjut mengenai program-program BYOB, sila klik pada program pilihan di bawah

SWEET          |          YOUNITY