Sertai Kami
Perbadanan Nasional Berhad (PNS) adalah sebuah agensi yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang diberi mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia. PNS mempunyai sasaran untuk menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui kepakaran dalam memberikan perkhidmatan serta produk-produk yang berkualiti.
Latihan Industri
Pihak kami sentiasa mengalu-alukan mana-mana pelajar yang berminat untuk menjalani latihan industri / praktikal di Perbadanan Nasional Berhad (PNS). Pihak kami akan menempatkan anda di jabatan atau bahagian yang berkaitan serta bersesuaian dengan kursus pengajian (Tertakluk kepada kekosongan)
Syarat – syarat :
- Warganegara Malaysia
- Pelajar yang sedang mengikuti pengajian IPTA / Swasta dalam dan luar negara
- Tempoh latihan praktikal adalah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pusat pengajian masing-masing
- Permohonan hendaklah dihantar sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum latihan praktikal bermula
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik
- Kemudahan pengangkutan dan kediaman tidak disediakan
Cara – cara memohon :
Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa menghantar permohonan untuk menjalani latihan industri di PNS adalah:
- Surat Iringan daripada IPTA / IPTS
- Borang Maklum balas daripada IPTA/IPTS
- Pengenalan Diri
- Mini Transkrip
Permohonan boleh dihantarkan seperti di alamat berikut :
Perbadanan Nasional Berhad
Jabatan Modal Insan,
Level 13A, Menara PNS, Tower 7, Avenue 7, Bangsar South City,
No.8, Jalan Kerinchi,
59200 Kuala Lumpur.
No.Tel : 03-2082 7788
No.Faks : 03-2082 7787
Emel : [email protected] | [email protected]