TRANSFORMASI PERNIAGAANProgram Business In Transformation (BIT) disediakan untuk membantu usahawan kecil menjadi lebih
kompetitif dan sistematik dalam menjalankan perniagaan. Melalui latihan yang berkesan serta pilihan
pembiayaan, kami dapat membantu mengembangkan perniagaan anda seterusnya dibangunkan
ke arah perniagaan francais.
Maklumat Lanjut
  • Mengenal pasti, mewujudkan dan membangunkan perniagaan kecil beserta produk dan perkhidmatan mereka menerusi pemasaran efektif, penggunaan kos yang rendah dan aplikasi teknologi baru.
  • Pembiayaan BIT adalah untuk Perusahaan kecil di bawah Program BIT untuk membantu mereka membangunkan prototaip outlet selain daripada keperluan pembangunan yang lain.
  • Pemilik perniagaan mestilah berumur 21 tahun sehingga 60 tahun.
  • Perniagaan patuh Syariah.
  • Syarikat Sendirian Berhad berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Jenama atau cap dagangan berdaftar dengan MyIPO.
  • Syarikat sekurang-kurangnya mempunyai satu (1) outlet dan telah beroperasi sekurang-kurangnya selama satu (1) tahun.
  • Pemilik syarikat, pengarah, dan pemegang saham perlu mempunyai rekod kredit yang baik dan tidak dikenakan tindakan undang-undang and tidak diisytiharkan muflis.
  • Pemilik syarikat telah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Pernas.
  • Perniagaan yang menguntungkan dan berdaya maju.
  • Mempunyai jenama yang dikenali.


Konsep Pembiayaan

  • Skim Pembiayaan Islam (Konsep Tawarruq).

Saiz Pembiayaan

  • Sehingga RM500,000.
    Margin pembiayaan sehingga 90% dari kos projek.

Kadar Keuntungan

  • BFR + Sehingga 5%.

Tempoh Pembiayaan

  • 5 tahun